Minggu, 14 Maret 2010

Dakwah dengan Kata-kata

Dakwah harus menggunakan kaedah yang syar'i, seperti kata-kata dan penjelasan. Kaedah dakwah harus bersumber dari nilai-nilai Islam. Dakwah, sebagai kaedah untuk menanamkan nilai-nilai hati, tidak boleh menggunakan kaedah-kaedah jahiliah. Segala kaedah dan cara harus sesuai dengan fikrah dan ruh ajaran Islam. Berapa banyak pemuda yang bersemangat menempuh jalan dakwah fardiyah, tetapi mereka merasa tidak berhasil dan tidak mampu memahami kaedahnya. Itulah di antara hambatan yang menghalangi mereka untuk merealisasikan tujuan.

Di antara kendala yang menonjol adalah masih terdapatnya da'i yang tidak memiliki kapasiti ilmu dan pemahaman yang baik. Boleh jadi ia tersesat, walaupun memiliki kepekaan, keterampilan, dan pandangan yang luas. Rasulullah telah memberi kemudahan dalam hal ini seraya bersabda, "Sampaikan dariku walau hanya satu ayat!" Banyak kata-kata baik yang cukup menarik dan berpengaruh, seperti orang-orang berpengalaman yang mengatakan bahawa "kata itu membawa kehahagiaan". Bahkan menyusun kalimat yang tepat merupakan sesuatu yang penting.

Allah berfirman, "Katakanlah (kepada manusia dengan) perkataan yang benar." { M A h b )

Seorang da'i, ketika menghadapi siapa pun, harus berfikir bahawa seseorang mungkin saja tercemar oleh pemikiran-pemikiran kotor yang diwariskan oleh para taghut yang menyebarkan pemahaman sesat tentang orientasi Islam. Oleh kerana ltu, janganlah putus asa apabila menghadapi tentangan ini, sebaliknya engkau harus mempersiapkan diri guna menghadapinya. Bahkan, engkau harus memaafkan kebodohan mereka tentang hakikat yang tidak mereka ketahui ini. Bila engkau memahami hakikat ini, engkau harus bersabar untuk hidup bersama mereka sampai mereka mengetahuinya. Rasulullah saw. telah bersabda, "Bersikap lunaklah kepada manusia dan bersabarlah bersama mereka!"

Sikap lunak dan kasih sayang dalam kesabaran men-dekatkan seseorang pada hakikat yang tidak diketahuinya. Sehingga bila mereka memahami dan merasakannya, niscaya akan mengimani dan meyakininya.

Sebuah syair bertutur:

Barangsiapa mencicipi "rasa"Islam.
Ia memahaminya Barangsiapa memahaminya
la bangkit dengan rubnya sebagai tebusan

Hendaknya dipahami bahawa uslub (kaedah) dakwah itu berbeda antara satu orang dengan orang lain. Kaedah dakwah juga tidak tetap, tergantung situasi dan kondisi. Nah, pengetahuan tentang situasi dan kondisi inilah yang akan menentukan pilihan strategi dan kaedah dakwah yang tepat. Rasulullah saw. pernah didatangi seorang pegulat bernama Rukamah, waktu la belum masuk Islam. la tidak bertanya kepada Rasulullah saw. tentang aqidah atau ibadah, tetapi ia mengatakan, "Bila kamu dapat mengalahkan aku, aku bersedia masuk Islam." Beliau pun menerima tantangan itu, ternyata beliau dapat mengalahkannya. Maka, Rukamah pun masuk Islam.

Hamzah bin Abdul Muthalib baru saja datang dari berburu, waktu ia belum  masuk Islam, tiba-tiba diberi-tahu bahawa Abu Jahal telah memaki keponakannya, Muhammad saw., pada saat beliau sedang duduk di samping Ka'bah. Serta merta Hamzah datang ke Ka'bah lalu memukul kepala Abu Jahal hingga terluka, seraya berkata, "Mengapa kamu mencela Muhammad padahal saya penganut agamanya!" Pada saat itu juga Hamzah menyatakan, "Saya telah masuk Islam!"

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Pages

Daftar Blog Saya

  • BERFIKIRLAH SEBELUM BERBUAT MAKSIAT - Seorang laki-laki datang kepada Ibrahim bin Adham rahimahullah, Dia berkata: “Ya Aba Ishaq, aku sering berbuat maksiat. Katakan sesuatu kepadaku sebagai ...
    13 tahun yang lalu
  • - الحمد لله الذى أنزل الفرقان على عبده ليكون للعالمين نذيراً.. والصلاة والسلام على محمد بن عبد الله، الذى أرسله ربه شاهداً ومبشراً ونذيراً، وداعياً إلى الله...
    14 tahun yang lalu